Pemilik Pajak, Jual Kereta Secara Sambung Bayar Boleh Kena Tindakan

Posted on

“Masalah berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau dipajak ini tidak dibayar sewa bulanan kepada pihak bank,” kata kementerian itu bagi menjawab soalan lisan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya mengenai skim penipuan sambung bayar kenderaan.

Menurut kementerian, kes-kes sedemikian tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri mengikut Seksyen 378 Kanun Keseksaan tetapi jika terdapat unsur penipuan, siasatan polis akan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atau akta lain. – BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pemilik pajak , kereta

Sumber:Mstar