Pemilik Pajak, Jual Kereta Secara Sambung Bayar Boleh Kena Tindakan

Posted on

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Perbuatan pemilik memajak kereta kepada pihak ketiga termasuk menjual secara sambung bayar tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pihak bank adalah melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967 dan boleh dikenakan tindakan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis bertarikh 15 November yang diedarkan di Dewan Rakyat pada Khamis berkata perbuatan itu juga menimbulkan masalah yang menyebabkan penama kenderaan berkenaan disenarai hitam oleh pihak bank.

“Kementerian sedar wujudnya kes-kes sambung bayar kereta sebagai jalan penyelesaian pemilik kereta yang tidak berkemampuan untuk membayar ansuran bulanan kepada bank. Begitu juga tindakan pemilik kereta membuat pajakan kereta kepada syarikat tertentu untuk tujuan mendapatkan pulangan kewangan daripada kereta yang dipajak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *