Nak Tengok Salji? Jom Ke Sekolah

Posted on

Abdullah Alif merupakan seorang guru sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Perdana Tawau.

“Kita sedia maklum di Malaysia memang tidak ada salji, tapi saya lakukan silap mata tersebut di hadapan mereka supaya dapat merasa salji.

“Mudah-mudahan menjadi inspirasi buat mereka untuk belajar rajin-rajin sehingga melanjutkan pengajian ke luar negara,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Guru lelaki tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan jenis ‘serbuk ajaib’ yang digunakan bagi aksi silap mata tersebut kerana ia merupakan sebahagian daripada teknik silap mata itu.

Abdullah Alif pernah disamakan dengan pelawak terkenal, Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu.

Abdullah Alif yang sudah 11 tahun berkecimpung dalam dunia silap mata juga pernah memenangi anugerah Pertandingan Silap Mata Jalanan Wayne Houchin dan Lee Asher pada 2009 secara atas talian.

Malahan, beliau juga pernah mengenakan kostum adiwira seperti Spiderman bagi menarik perhatian murid baharu hadir ke sekolah.

Tambah beliau, taktik silap mata itu dianggap berjaya kerana ada antara muridnya sendiri yang mengingatkan jadual kelas kerana tidak sabar dengan helah baharu yang akan diperkenalkan kepada mereka.

“Bagi saya, itulah ‘magic’ apabila dapat tengok murid-murid teruja dan gembira.

“Mereka akan jadi yang pertama untuk menonton helah baharu sebelum saya membuat persembahan silap mata di tempat lain,” katanya yang juga aktif mengajar silap mata di seluruh negara.

Sumber:Mstar