Nak Tengok Salji? Jom Ke Sekolah

Posted on

PETALING JAYA: Tidak dinafikan harapan untuk melihat anak murid mencatatkan kehadiran penuh di sekolah boleh membuatkan seorang guru ‘putus akal’ kerana ada kalanya ia bukan suatu yang mudah.

Namun, lain ceritanya bagi seorang guru di Tawau, Sabah apabila idea kreatifnya membuat silap mata mampu membuatkan murid di sekolahnya sentiasa ternanti-nanti waktu pembelajaran di sekolah.

Guru mata pelajaran muzik dan bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Perdana Tawau itu berkata, ia merupakan sebahagian taktik untuk menarik minat muridnya belajar lebih rajin dan hadir ke sekolah.

Abdullah Alif Dahlan, 30, yang juga berasal dari Tawau mencuri tumpuan netizen apabila video beliau menghasilkan salji daripada sebotol air mineral tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *