MEMANG CANTIK, SEJUK MATA MEMANDANG! SIAPA SANGKA ANAK ABBY DAN NORMAN NI LAHIR DALAM KERETA

Posted on

Tambahnya, mereka tiba di klinik bersalin itu pada pukul 11.10 pagi dan seorang doktor serta tiga pembantunya telah menunggu kedatangan mereka dengan peralatan yang lengkap di pintu belakang klinik berkenaan.

“Sampai sahaja di pintu belakang klinik, doktor berkenaan terus ke arah isteri saya di dalam kereta dan memotong tali pusat anak saya.

“Doktor memberitahu bahawa saya telah melakukan tugas dengan baik iaitu menyambut kelahiran bayi berkenaan,” ujar Norman.

Menceritakan bagaimana dia dapat menghadapi situasi berkenaan, Norman memberitahu, petua yang paling baik ialah tidak mudah cemas.

Malah katanya, dengan pengalamannya melihat kelahiran anak pertama sebelum ini selain menonton dokumentari mengenai kelahiran bayi menambah lagi pengetahuannya menghadapi kecemasan itu.

Dalam pada itu, Norman memberitahu, beliau akan menjaga kereta Honda Stream di mana bayi itu dilahirkan.

Sementara itu, Abby berkata, pengalaman itu sangat manis dan tidak dapat dilupakan buat selama-lamanya kerana ia jarang sekali berlaku.

Menurutnya, beliau memuji tindakan suaminya yang tenang menghadapi situasi yang mencemaskan itu malah turut memberi semangat kepadanya.

“Sewaktu suami saya sambut kepala bayi itu, saya memberi kata semangat, `hidup Norman Hakim’ berkali-kali.

“Selepas semuanya berjaya, kami sangat gembira dan ketawa dengan aksi masing-masing menghadapi situasi yang begitu mencemaskan itu,” katanya.

Memang cantik, sejuk mata memandang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *