Enam Rakyat Malaysia Cedera Kemalangan MRT Singapura

Posted on

PUTRAJAYA: Enam rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan tren di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Joo Koon di Singapura pada Rabu, kata Wisma Putra.

Mereka dihantar ke hospital berdekatan, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden itu,” katanya.

Sebanyak 29 penumpang cedera dalam insiden itu.

Sebanyak  517 penumpang dilaporkan berada dalam tren itu yang bergerak pada kelajuan 16 km sejam apabila ia melanggar sebuah tren yang sedang berhenti  di stesen Joo Koon di Jajaran Timur-Barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *