Durian Baik Untuk Kesihatan Lelaki

Posted on

“Kawan saya beritahu ada kajian mengatakan durian ini ada unsur-unsur afrodisiak, baik untuk kesihatan lelaki, ya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai), di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau juga berharap perkara itu akan dibuat badan-badan sepatutnya berkaitan durian.

“Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan di beberapa negara menunjukkan durian mengandungi antioksidan yang melambatkan proses penuaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, tidak hanya durian yang diletakkan pengawet malah banyak lagi buah-buahan lain.

“Ada tindakan yang akan diambil oleh kementerian berhubung hal ini. Bukan sahaja pengawet, malah ada yang meletakkan ubat cepat masak dan sebagainya,” katanya. – Sinar Online

Tags / Kata Kunci: durian

Sumber:Mstar