Durian Baik Untuk Kesihatan Lelaki

Posted on

KUALA LUMPUR: Banyak kajian yang dilakukan menunjukkan durian sebenarnya mempunyai khasiat.

Mengulas mengenai kajian menyeluruh terhadap durian yang dibentangkan di Parlimen, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan peka akan potensi durian sebagai sumber kekayaan baharu negara.

“Kita harap akan lebih ramai petani yang akan menanam durian kerana buah ini sememangnya banyak khasiat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ada kajian yang dibuat mendapati raja buah itu mempunyai banyak khasiat dan nutrisi.

“Perlu lebih banyak penyelidikan dijalankan berhubung unsur-unsur afrodisiak yang terdapat dalam durian. Seperti makanan lain, durian boleh dimakan, baik dimakan tapi bersederhanalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *