Cuai Punca CIMB Hilang Pita Data – Fuzi

Posted on

KUALA LUMPUR: Isu kehilangan pita data sokongan CIMB pada 13 November adalah disebabkan kecuaian kakitangan bank itu dan tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata laporan berhubung kehilangan pita berkenaan dibuat pihak bank pada hari kejadian itu disedari berlaku di Balai Polis Seapark, Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Isu ini membabitkan masalah dalaman CIMB dan mereka juga sudah mengambil langkah keselamatan yang perlu serta mengeluarkan kenyataan mengenainya.

“Jika mereka perlukan bantuan polis, kita akan bantu dan kes berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan perhimpunan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras, di sini, Khamis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *