Baby L Nama Anak Lufya

Posted on

Lufya berkahwin dengan seorang doktor Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, dalam sebuah majlis sederhana di sini pada 26 November 2016.

SELEPAS seminggu melahirkan bayi perempuan, pelakon Lufya Omar pada Isnin mendedahkan nama anak sulungnya iaitu Laana Haura.

Lufya berkata, pemilihan nama tersebut berdasarkan kata sepakat antara dia dan suami serta mendapat nasihat daripada beberapa ustaz.

“Bismillahirahmanirahim, Baby L nak umumkan nama hari ini.

“Selepas mummy dan daddy perah kepala fikir nama apa hendak kasi akhirnya dengan kata sepakat menamakan baby L dengan nama Laana Haura,” tulis Lufya.

 
Bayi Lufya yang diberi nama Laana Haura.

Dia selamat melahirkan bayi berkenaan pada 11 November lalu di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara.

Dalam pada itu, Lufya menerusi posting yang sama turut berterima kasih kepada semua yang memberi idea kepadanya sewaktu proses mencari nama.

Menurut Lufya, dia turut merujuk ustaz Syed Kadir dan isterinya, Salima Habibi bagi mencari nama dengan maksud yang baik.

“Laana membawa maksud lembut. Haura pula bermaksud putih atau bidadari.

“Semoga Laana Haura menjadi anak yang baik akhlaknya, cerdik, lemah lembut dalam bertutur, sopan santun, putih dan suci hatinya. Amin,” katanya.

Menerusi posting tersebut juga, Lufya turut mendedahkan wajah comel bayi perempuannya yang kini sudah berusia 10 hari.

Dalam pada itu, pengumuman nama anak sulungnya itu turut mendapat perhatian peminat yang menganggap nama berkenaan sebagai indah dan bersesuaian dengan bayi tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *