Awas! Panggilan Telefon Meragukan

Posted on

Sehubungan itu, pakar IT menggesa agar rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan panggilan atau mesej yang meragukan.

Pakar sekuriti siber, C.F. Fong, menggesa orang awam untuk mengelakkan komunikasi seumpama itu dan sentiasa memeriksa informasi dengan sumber berkaitan seperti bank atau polis.

“Jika berlaku sesuatu yang penting, pihak bank akan menghantar surat atau pihak polis akan datang ke rumah anda.

“Kebocoran data bukanlah sesuatu yang baharu. Perkara sebegini sudah kerap berlaku, sebab itulah kita sering terima panggilan daripada ejen hartanah dan ceti haram.

“Banyak informasi kita berada dalam talian. Jika anda mempunyai media sosial, anda sebenarnya memberi informasi peribadi anda secara sukarela,” ujar Fong, pengasas firma siber sekuriti Malaysia, LGMS.

Ketua pembangunan perniagaan IBM Security Asia Pasific, Nigel Tan berkata, penjenayah mempunyai akses terhadap data yang bocor dan boleh menggunakannya untuk mencuri identiti seseorang.

Ujarnya, ia termasuk mengambil alih akaun emel seseorang dan mendapatkan akses aplikasi appstore dan bank dalam sesebuah telefon pintar.

Pegawai eksekutif dan pengasas bersama Macrokiosk, Datuk Kenny Goh turut menggesa orang ramai supaya tidak panik.

“Mungkin akan ada panggilan atau mesej yang pelik. Tidak kisah sekiranya data anda diceroboh atau tidak, elakkannya jika terima panggilan dari nombor yang pelik atau dari individu tidak dikenali.

“Jika ada mesej atau panggilan yang menjual dan mempromosi barang, laporkan sahaja kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya lagi.

Sumber:Mstar