Arwah Suka Bergurau, Manja – Bapa

Posted on

Md Nasir menyiram air mawar selepas jenazah kedua-dua anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampong Padang Lalang pada Khamis. fotoBERNAMA

JEMPOL: “Arwah selalu bergurau dengan abangnya dan sangat manja dengan ibunya. Tidak sangka itu petanda dia pergi buat selama-lamanya.”

Demikian kata Md Nasir Jamaludin, 55, bapa kepada mangsa lemas di kolam tadahan di Kampung Padang Lalang, di sini, petang Rabu.

Mangsa, Mohamad Solehuddin, 6, dan kakaknya, Ainnur Batrisyah, 10, ditemukan lemas dipercayai tergelincir ke dalam kolam tadahan terbabit kira-kira pukul 6 petang.

Dia berkata kedua-dua anaknya pergi ke kolam itu yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka  untuk memancing ikan kerana pada sebelah paginya, ibu mereka, Suhaini Nasuha, 37, memberitahu telah mendapat ikan di kolam itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *