Amah Filipina? Tunggu Dulu…

Posted on

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, badan itu berharap penggantungan tersebut adalah sementara.

“Kita melihatnya sebagai langkah keselamatan untuk memperbaiki sistem mereka demi keselamatan dan kebajikan rakyat mereka di luar negara,” katanya.

Konsul dan Setiausaha Kedua Kedutaan Filipina, Johann Veronica M Andal ketika dihubungi berkata, kedutaan itu akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Dole, 5,000 permohonan baharu untuk sijil pekerjaan di luar negara diproses setiap hari.

Dianggarkan kira-kira 75,000 permohonan akan dipengaruhi oleh perintah penggantungan.

Jabatan Tenaga Kerja Filipina dijangka menubuhkan pasukan untuk menyiasat perkara tersebut.

Sumber:Mstar