Amah Filipina? Tunggu Dulu…

Posted on

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan Filipina untuk menggantung pekerja domestik daripada bekerja di luar negara menimbulkan tanda tanya rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan khidmat pembantu rumah dari negara itu.

Filipina kini merupakan kumpulan kedua pekerja domestik terbesar di Malaysia, selepas Indonesia.

Menurut Setiausaha Buruh, Silvestre Bello III, Jabatan Tenaga Kerja dan Pekerjaan Filipina (Dole) telah menggantung penerimaan dan pemprosesan permohonan baharu bagi sijil pekerjaan di luar negara.

Beliau berkata, tindakan itu diambil memandangkan laporan berterusan aktiviti pengambilan haram, termasuk pengambilan secara langsung.

Perintah penggantungan itu, yang berkuat kuasa bermula Isnin akan berlangsung hingga 1 Disember depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *